+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

Ramai pengguna laptop mengalami masalah paparan skrin rosak dan perlu membuat gantian yang baru. Banyak faktor yang menyebabkan kerosakan pada skrin laptop. Antaranya, skrin ditindih dengan barang yang berat, laptop terjatuh, air tumpah, pengunaan sudah terlalu lama, dan lain-lain. Jom ketahui apakah tanda-tanda skrin laptop mulai  rosak

Skrin jadi malap

Skrin jadi sangat malap. Macam Nampak tak nampak sahaja tulisan di skrin. Ada sesetengah bahagian yang cerah, ada yang gelap. Kadang-kadang ada juga skrin yang menunjukkan cerah pada awalnya, tapi lama kelamaanya, skrin menjadi malap.

2. Skrin jadi putih

Sebaik saja  ON. Skrin kelihatan putih sahaja. Jika dilihat pada skrin, tidak ada menunjukkan sebarang tulisan melainkan warna putih sahaja keseluruhannya.

3. Skrin keluar garis halus atau bintik2 (dead pixel)

Terdapat bintik atau tompok hitam,selalunya di sudut tepi dan tengah. Punca dead pixel ini boleh terjadi disebabkan oleh tekanan. Contohnya, ketika menutup skrin laptop, anda terlupa untuk mengalihkan barang kecil yang terdapat diatas papan kekunci seperti pendrive. Akibatnya, skrin anda akan bertompok.

4. Skrin keluar pelbagai warna



Seperti skrin mengeluarkan warna yang berselerak,tidak sekata dan berubah-ubah

5. Skrin ada kesan retakan sama ada sikit dan banyak

Jika skrin laptop anda kelihatan pecah atau retak, jelas puncanya kerana kemalangan fizikal. Contohnya laptop terjatuh,terhempap dan terpijak.

Cara mudah untuk kenal pasti masalah ini berkaitan skrin, cuba anda sambungkan laptop ke tv atau external monitor. Jika keluar display di tv/external monitor, berkemungkinan tinggi skrin anda yang rosak. Mudah kan ?

P/S : Nak tahu skrin bermasalah atau tidak? Free diagnose je. Call/Whatsapp 018-4635525