+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

Plugged in and not charging? No battery is detected ?? Consider replacing your battery ???

.

Anda salah seorang yang mengalami masalah ini ? Tanda-tanda ini memberitahu bahawa bateri laptop anda sudah rosak dan perlu membuat gantian baru.

 

Bateri merupakan komponen penting yang membekalkan kuasa kepada laptop ketika mana laptop tidak disambungkan dengan sebarang sumber kuasa atau pengecas. Dengan adanya bateri ini, sesebuah laptop mampu dihidupkan dan bertahan sekurang-kurangnya 2 hingga 5 jam bergantung cara penggunaan.

Kebiasaanya, bateri laptop baru boleh bertahan 4 ke 5 jam. Tapi anda perasan tak ? Lepas 6 bulan atau 1 tahun, bateri laptop jadi cepat “drain” , boleh bertahan 2-3 jam sahaja. Lebih teruk, bateri tahan sekitar 15 minit sahaja.

Hal ini kerana batteri laptop tidak dijaga dengan baik. Jadi, saya nak share dengan anda, cara penjagaan bateri laptop supaya tahan lebih lama

  • Cabut bateri jika guna terlalu lama

Langkah mudah untuk mengelakkan dari ini berlaku, adalah dengan mencabut bateri laptop terlebih dahulu. Maklumlah kadang-kadang, kita terleka sebab terlalu fokus dengan kerja dan akhirnya membiarkan bateri laptop dicas penuh tanpa dihentikan. Seeloknya, jika berhajat untuk menggunakan laptop 3-4jam berlarutan, digalakkan untuk menanggalkan bateri dan guna laptop secara direct current.

  • Cas bateri apabila ianya telah mencecah 15%
  • Jangan biarkan bateri dicas terlalu lama (overcharged) – Sebaiknya sesudah bateri mencapai 100% atau hampir Full Charge. Tutup pengecas dan cas semula pada 15% bateri
  • Bateri baru – cas bateri tersebut selama lapan 8 jam dengan syarat tanpa turn “ON” laptop anda. Jika signal bateri laptop sudah menunjukkan bateri penuh, teruskan cas sehingga 8 jam.  Selepas lapan 8 jam,cabut charger dari laptop, dan HANYA menggunakan bateri dan guna laptop sehingga bateri hampir habis (15%). Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri tersebut. Selepas ini, anda boleh mengecas bateri seperti biasa sehingga signal bateri menunjukkan bateri sudah penuh.
  • Sentiasa aktifkan Power mode (on Battery) : Battery saver

Bagi pengguna Windows 10, gerakkan gauge battery ke best battery life. Pengurangan ini mampu mengoptimumkan          penggunaan batteri. Jadi jangka hayat batteri akan jadi lebih lama

  • Mematikan Wifi dan Bluetooth sebaik saja apabila anda tidak menggunakannya, kebanyakan computer mempunyai shotcutkey untuk mematikan rangkaian ini dengan segera.
  • Melaraskan kecerahan skrin (brightness) anda, dengan mengurangkan brightness skrin,mampu menjimatkan kuasa bateri
  • Elakkan bateri terdedah kepada suhu yang panas. Kebiasaanya punca panas ni berlaku apabila laptop digunakan di atas permukaan fabrik serperti tilam dan sofa.

Setelah ketahui cara penjagaan bateri laptop ini, saya berharap anda akan lebih berhati-hati dan berwaspada agar bateri laptop tidak mudah Kong. Bagi yang nak mencari bateri laptop baru,boleh hubungi kami di talian +60184635525 (Topix Technology , Your Technology Solution)