+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com
xwindows-8-blue-screen-header.png.pagespeed.gp+jp+jw+pj+ws+js+rj+rp+rw+ri+cp+md.ic.DJqE_3zuYI

Masalah Bluescreen pada laptop? Baca artikel ini sampai habis.

Masalah Bluescreen sangat sinonim kepada pengguna Windows. BlueScreen atau dikenali sebagai BlueScreen Of Death (BSOD) selalunya terjadi secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Bayangkan kalau Bluescreen ni terjadi sewaktu anda melakukan kerja seperti menaip ,design, mesti anda bengang. Belum sempat nak save habis semua kerja hilang. Jadi, ini akan menganggu kelancaran kerja dan akan menyebabkan stress.

Bluescreen dikenalpasti sebagai paparan error berlatar biru, yang muncul pada monitor berpunca
dari pelbagai aspek. Antaranya kerana berlakunya konflik diantara perisian (software) ataupun perkakasan (hardware).


PUNCA BLUESCREEN
Banyak sebab yang mendorong kepada masalah Bluescreen ini, antaranya :

 

Driver Konflik
Driver ialah suatu perisian (software) sebagai penghubung yang membolehkan hardware pada laptop berfungsi dengan baik. Kegagalan atau ketidakserasian sesuatu driver boleh mengundang kepada Bluescreen. Konflik driver ini juga boleh berlaku jika versi software yang dipasang tidak compatible dengan system operasi windows.

Hardware Konflik
Dengan tweak hardware laptop atau komputer juga boleh menyebabkan berlakunya BlueScreen(BSOD). Sebagai contoh, silap melakukan overclocking pada komputer boleh menyebabkan BlueScreen serta merta.

Walau bagaimanapun, BlueScreen(BSOD) juga boleh berlaku sekiranya RAM anda tidak diletakkan dengan betul ataupun hardware dan motherboard yang bermasalah.

Sistem Operasi WIndows (OS) error
Kebiasaanya masalah seperti ini berpunca daripada kesilapan pengguna itu sendiri mendedahkan laptop mereka dengan virus seperti malware. Puncanya kerana tidak memasang antivirus yang aktif, membuka laman sesawang lucah, dan memuat turun file dari sumber yang meragukan dan tidak selamat. Berikutan ini, virus seperti malware akan mudah masuk dan merosakkan system file. Selain itu kehilangan fail yang penting boleh menyebabkan berlaku error, dan menyebabkan laptop atau pc anda anda sentiasa loop keluar BlueScreen(BSOD) di mana setiap kali anda on laptop atau pc.

Jika anda mengalami masalah seperti ini, dapatkan segera khidmat pakar baiki laptop di Topix Technology.

 

TOPIX TECHNOLOGY
42-G JALAN DINAR F U3/F
SEKSYEN U5 SUBANG PERDANA
40150 SHAH ALAM
SELANGOR

018-4635525
0377346967

HARI-HARI BUKA
10 PAGI – 10 MALAM