+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com
ransomware2_1308382-1

BAHAYANYA RANSOMWARE !!

Apakah itu RANSOMWARE ?

Bayangkan data yang anda simpan selama bertahun-tahun di komputer tiba-tiba tidak boleh dibuka. Bayangkan juga data tersebut merupakan data syarikat di tempat anda bekerja.

Nasib anda bertambah malang kerana anda tidak pernah membuat salinan kedua ke pen drive atau portable hard disk anda.

Anda hanya mampu melihat paparan skrin komputer yang meminta anda sejumlah wang tebusan.

Jika situasi di atas benar-benar berlaku, kemungkinan besar komputer anda telah dijangkiti oleh sejenis ransomware.

 

Kenapa anda perlu ambil tahu tentang ransomware?

 

Anda harus mengambil berat tentang perkara ini kerana ia menyerang secara senyap. Sebelum itu, penjelasannya dulu:

Ransomware adalah sejenis perisian berniat jahat (malware) dari cryptovirology yang mengancam untuk mendedahkan data mangsa atau menghalang akses komputer.

Ini termasuklah mengunci peranti atau menyulitkan (encrypt) fail anda.

Ia kemudiannya memberitahu anda untuk membayar sejumlah wang tebusan sekiranya anda ingin mendapatkan semula data tersebut.

Umumnya ia terbahagi kepada:

         ·  Cryptors

         ·   Blockers

Selepas menjangkiti komputer, cryptor menyulitkan (encrypt) data yang berharga termasuk dokumen, gambar, saved game, pangkalan data dan sebagainya.

Anda boleh melihat fail anda tetapi ia tidak boleh dibuka atau diakses.

 

Penjenayah di sebalik serangan itu kemudian menuntut wang tebusan sebagai pertukaran untuk kekunci penyulitan untuk memulihkan akses kepada fail.

Blocker pula dinamakan sedemikian kerana ia menghalang akses kepada peranti yang dijangkiti. Ia bukan sahaja menghalang fail mangsa daripada diakses tetapi keseluruhan sistem operasi anda turut terjejas.

Permintaan wang tebusan untuk blocker biasanya tidak sebesar cryptor.