+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

Apakah beza OEM product dan Retail Product (Original)?

Pernah tak kawan-kawan anda selalu bertanya apa itu OEM produk dan retail produk (original) khususnya tentang perkakasan komputer. Adakah terdapat perbezaan antara keduanya ? Sebelum itu, mari kita kenali apa itu OEM.

 

OEM bermaksud Original Equipment Manufacture. Ia merupakan satu terma yang digunakan untuk menyatakan berkenaan sebuah syarikat yang membuat perkakasan komputer dan dipasarkan oleh sebuah lagi syarikat lain. Kebiasaanya OEM produk dijual dengan tidak mempunyai packaging dan dokumentasi berkenaan produk tersebut mahupun extra/persisian percuma. Dalam masa yang sama, jaminan kepada produk ini adalah lebih pender dan singakt berbanding retail produk

OEM bermaksud Original Equipment Manufacture. Ia merupakan satu terma yang digunakan untuk menyatakan berkenaan sebuah syarikat yang membuat perkakasan komputer dan dipasarkan oleh sebuah lagi syarikat lain. Kebiasaanya OEM produk dijual dengan tidak mempunyai packaging dan dokumentasi berkenaan produk tersebut mahupun extra/persisian percuma. Dalam masa yang sama, jaminan kepada produk ini adalah lebih pender dan singakt berbanding retail produk.

Perbezaan antara retail produk dengan OEM produk ialah, sepatutnya produk tersebut disekalikan dengan produk utama, namun tidak disertakan didalam OEM produk. Sebagai contoh, sebuah retail CPU akan disertakan dengan heat sink dan juga kipas yang dimana bagi produk OEM pula, hanya CPU sahaja yang dibekalkan. begitu juga dengan retail hard drive yang kebiasaanya akan disertakan di dalam kotak dan mempunyai kabel antaramuka(interface) manakala OEM hard drive kebiasaannya dibalut dengan anti-static bag tanpa sebarang dokumentasi dan juga kabel. Kebiasaannya OEM hard drive dipanggil “bare drive”.

Kualiti adalah faktor utama yang membezakan antara kedua-dua jenis produk ini. Kebanyakan produk OEM mempunyai tahap kualiti yang sedikit rendah daripada biasa. Oleh sebab itulah produk OEM boleh dijual dengan harga yang murah berbanding retail produk.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan OEM produk, pastikan anda mendapatkan info penuh mengenai produk yang akan akan beli. Elakkan daripada membeli OEM produk yang mempunyai nilai harga yang sama dengan retail dan mungkin lebih teruk, lebih mahal daripada retail produk. Sekiranya anda ingin membina sistem komputer yang diguna pakai untuk jangka masa panjang, anda digalakkan membeli retail produk daripada OEM produk.