+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

Pilihan untuk gaming PC sekarang mempunyai pelbagai genre seperti fighting, shooting, simulation, adventure, horror dan banyak lagi untuk memenuhi cita rasa & kehendak gamers zaman sekarang. Semakin banyak pilihan games yang berspesifikasi tinggi, semakin tinggi keperluan sistem PC diperlukan untuk melancarkan perjalanan gaming tersebut. Ada sesetengah gamers memilih untuk custom made PC gaming mereka mengikut kehendak mereka memandangkan kebanyakkan PC gaming yang dijual tidak mengikut spesifikasi yang mereka mahukan, disamping harga PC yang melipat kali ganda dari duit poket sendiri. Jadi, anda boleh saja memilih untuk custom made sendiri PC gaming tanpa menggunakan kos yang terlampau tinggi & juga mengikut spesifikasi anda perlukan.

Adakah anda tahu ? Membuat custom made PC Gaming sendiri dapat menjimatkan kos 2 kali ganda daripada membeli ready made pc gaming. Jika anda pertama kali ingin membuat PC Gaming, di sini kami menyenaraikan beberapa senarai asas komponen penting yang anda perlukan untuk membina dan memenuhi kehendak PC gaming yang anda inginkan untuk anda dapat bermain dengan lancar!

1. PROCESSOR

CPU atau nama lain Central Processing Unit, selalu dikaitkan sebagai ‘otak’ computer. CPU mampu mengawal pelbagai tasks computer dan selesaikan tasks secepat mungkin mengikut spesifikasi.

Penting untuk anda tahu, terdapat banyak contoh spec CPU yang boleh anda bandingkan. Mungkin lebih baik anda mencari CPU yang lebih murah, dalam masa yang sama, boleh berfungsi dengan lancar ketika bermain. Anda juga boleh bertanya kawan anda jenis kegunaan CPU yang mereka gunakan & bagaimana prestasinya. Cuba research CPU yang di recommend oleh kawan-kawan anda & pilih mana yang terbaik untuk custom made PC anda.

2. MOTHERBOARD

Motherboard merupakan sebuah Printed Circuit Board (PCB) yang bertindak sebagai tulang belakang pada sebuah komputer. Motherboard sering dikaitkan sebagai “ibu” kepada semua “anak” komponen kerana menyambung semua hubungan antara satu komponen ke komponen yang lain seperti CPU, slot RAM, port USB, input & output.

Rancang & pilih dengan baik untuk pemilihan motherboard agar komponen-komponen tambahan seperti graphic card, memory dan komponen tambahan lain yang anda mahu sesuai digunakan untuk PC custom made anda.

3. RAM

Random Access Memory atau RAM membolehkan komputer anda access file dengan cepat & multitask progress dalam satu masa tanpa gangguan/lagging. Anda perlukan sekurang-kurangnya lebih daripada 4GB RAM untuk komputer anda berfungsi dengan baik.

Untuk had maksimum, kebanyakan gamers memilih 16GB, sudah cukup untuk bermain PC gaming yang menggunakan spesifikasi yang tinggi. Jangan lupa untuk periksa spesifikasi motherboard untuk tentukan berapa banyak RAM anda boleh gunakan, jenis & kelajuan yang anda perlukan.

4. GRAPHIC PROCESSING UNIT (GRAPHIC CARD)

Graphic Processing Unit (GPU), Graphic Card atau Video Card ini bukan komponen yang biasa. Komponen ini membolehkan games yang anda bermain kelihatan photorealistic tanpa perlahankan progress gaming & hang pada komputer anda.

Terdapat pelbagai sites yang anda boleh lihat, review dari orang ramai terlebih dahulu berkenaan GPU yang mereka gunakan. Dari research ini, anda dapat tentukan GPU mana yang terbaik yang anda perlukan untuk bermain game pilihan anda sendiri.

5. STORAGE

Bahagian ini agak tricky untuk tahu berapa jumlah storage anda perlukan. Anda boleh menggunakan Space List yang tercatat pada game yang anda ingin bermain sebagai penanda aras penentu berapa storage yang digunakan untuk bermain.

Anda boleh membeli sama ada harddisk drive (HDD) atau solid state drive (SSD). Sesetengah sumber mengatakan yang mereka recommend dengan mengabungkan SSD low storage dengan HDD, boleh mempercepatkan & melancarkan progress tasking dalam komputer. Jika anda masih ragu-ragu berkenaan storage PC, jangan risau sebab anda boleh sahaja ubah suai storage bila-bila masa mengikut kehendak PC yang anda mahukan.

6. POWER SUPPLY

Anda mesti memerlukan sumber tenaga untuk menghidupkan PC gaming anda. Di sini bermulanya PSU atau Power Supply Unit memainkan peranan.

Jangan sesekali membeli PSU yang terlampau murah untuk PC gaming baru anda kerana kita tidak tahu sama ada PSU itu boleh berfungsi dengan jangka masa yang panjang atau tidak. Kalau anda boleh membeli set-set komponen yang mahal, kenapa anda tidak boleh membeli power supply yang bagus & sesuai untuk PC anda?

7. CASE

Case komputer merupakan gabungan semua komponen di atas menjadi satu. Case computer yang bagus membolehkan pengguna untuk mengubah suai PC gaming anda mengikut citarasa yang anda inginkan. Untuk mencari case yang tahan lama, cari case yang diperbuat daripada besi tahan panas daripada memilih plastik, ditambah dengan ruang komponen dalaman yang tidak terlalu padat untuk membolehkan anda menambah komponen tambahan yang bakal anda perlukan pada masa akan datang.

Dan jangan lupa, research terlebih dahulu sebelum membeli kerana kita tidak tahu sama ada size & ruang yang ada pada case yang anda inginkan sesuai atau tidak untuk komponen-komponen yang anda akan masukkan nanti.

Anda masih ragu-ragu untuk memasang sendiri PC gaming anda? Jangan risau! Kerana setiap masalah ada jalan penyelesaian. Anda boleh datang ke Topix Technology & kami akan tolong pasangkan untuk anda. Perlu bantuan segera? Boleh hubungi kami di talian 018-4635525.