+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com







TIPS ELAK LENGUH BADAN KETIKA MENGGUNAKAN PC

Badan rasa sakit-sakit lepas seharian menghadap komputer? Hal ini kerana anda menghabiskan banyak masa di hadapan komputer. Siapa kata duduk di depan komputer tak penat walaupun kita hanya duduk sahaja? Terdapat banyak faktor & solution untuk mengelakkan badan anda rasa sakit-sakit & penat lepas seharian di depan PC, antaranya :

1. Rehatkan mata sekejap

Mata boleh dikatakan bahagian badan yang paling banyak bekerja ketika kita menggunakan PC untuk bekerja. Walaupun ketika itu kita sedang sibuk untuk menyiapkan kerja secepat mungkin, sangat penting untuk kita merehatkan mata untuk sementara waktu sebab mata kita akan cepat penat melihat banyak perkataan & nombor yang banyak dalam satu masa di hadapan skrin. Elakkan pandangan anda dari segala skrin elektronik, dan kalau boleh, tutup mata anda selama 5-10 minit untuk menyegarkan semula mata anda untuk meneruskan tugasan anda tanpa rasa penat.

2. Jaga jarak mata dengan PC

Mata rasa cepat penat jika kita menghadap PC berjarak 5 cm dri skrin komputer! Semakin dekat mata kita pada skrin PC, semakin cepat anda terasa penat untuk menyiapkan tugasan. Ini sangat tidak baik untuk mata anda kerana mendekatkan mata pada skrin juga boleh menyebabkan rabun mata! Jarakkan pandangan anda sekurang-kurangnya 30 cm dari skrin PC anda untuk mengelakkan badan anda terutamanya mata cepat penat apabila menghadap skrin PC.

3. Strechting

Tak banyak bergerak tidak semestinya badan anda tidak berasa lenguh-lenguh. Bila kita duduk di posisi yang sama dalam masa yang panjang, badan kita akan cepat terasa sakit-sakit & penat. Sebab itu penting bagi kita membuat sekurang-kurangnya 1 sesi stretching pada tiap hari kita bekerja untuk mengurangkan, sekaligus menghilangkan rasa lenguh-lenguh badan. Antara teknik stretching yang anda boleh gunakan ialah :

→ Teknik arm stretching

Teknik yang anda hanya perlu duduk tegak di kerusi & bawa tangan anda ke depan, kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas.

→ Teknik back twist

Teknik ini anda perlu dalam keadaan tegak & bukakan sedikit ruang di belakang anda di bahagian pinggul anda. Letakkan tangan kanan anda di belakang pinggul sebelah kiri anda. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri & kekalkan kedudukan sehingga 3 – 4 saat. Ulang langkah yang sama di sebelah kanan anda juga.

4. Minum banyak air & supplement

Badan yang kurang pengambilan air juga salah satu sebab badan berasa cepat penat. Oleh sebab itu, penting bagi anda untuk minum air secukupnya dan anda juga boleh mengambil suplemen untuk meningkatkan daya tahan tubuh badan. Minum air yang mencukupi juga dapat mengelakkan kita berasa mengantuk di depan PC. Anda boleh saja sediakan botol air atau cawan di sebelah PC anda sewaktu menggunakan laptop untuk meningkatkan pengambilan air dalam badan selain mengurangkan rasa penat selepas seharian menghadap PC ketika melaksanakan tugasan.

5. Gunakan bantal leher & pinggang

Bantal leher & juga pinggang boleh menjadi kawan baik sewaktu anda melakukan tugasan di hadapan skrin seharian. Bantal leher & pinggang bertindak sebagai extra padding pada leher & belakang badan anda untuk mengurangkan rasa lenguh badan ketika seharian duduk secara tegak di hadapan PC. Pastikan juga, pilihan bantal anda tidak terlalu keras & tidak terlalu lembut agar anda kekal selesa ketika menyiapkan tugasan di hadapan PC.

6. Duduk dengan postur badan yang betul

Anda mungkin salah seorang yang secara tidak sedar, suka mengelongsor ke bawah meja ketika melaksanakan tugasan di hadapan PC. Postur ini yang secara tidak sedar, memberi tekanan berat ke tulang belakang anda sehingga anda sedar akan terasa sakit belakang ketika selesai menyiapkan tugasan. Sepatutnya, anda perlu pastikan belakang badan anda lurus & rapat pada kerusi, kedudukan lutut sama paras peha atau tinggi sedikit & pastikan kaki anda bersentuhan dengan lantai. Anda juga boleh bangun & berjalan setiap 20 – 30 minit untuk merengangkan otot.

Jadi, ini saja tips yang kami dapat kongsikan & harap tips ini dapatkan memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda sepanjang anda melaksanakan tugasan tanpa sebarang masalah. Tetapi jika anda ada masalah PC, jangan malu jangan segan untuk datang ke TOPIX TECHNOLOGY untuk menyelesaikan masalah PC anda, atau anda boleh direct contact dengan kedai kami di 018-4635525.