+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

Punca Lagging pada Android & Solusinya

Tidak kira jenis brand handphone apa yang kita pakai, kita semua tahu perkara yang paling dibenci untuk semua pengguna handphone iaitu lagging. Untuk gamers, lagging menyekat progress permainan mereka terutamanya bagi yang bermain secara online. Untuk developers pula, lagging seumpama menyekat idea mereka secara tidak langsung. Bagi para pengguna biasa yang lain, mereka terpaksa untuk reboot phone mereka berulang kali untuk melajukan balik prestasi phone mereka.

Pengguna Android dikatakan selalu menjadi mangsa lagging, tapi ada yang mengatakan punca lagging bermula dari pengguna Android itu sendiri. Kita tidak tahu sejauh mana kesahihan fakta ini. Jadi, kami akan senaraikan beberapa punca masalah lagging pada pengguna Android.


PALING PENTING! Pastikan anda back up semua file di dalam Android anda sebelum anda mengikut tips yang kami berikan atas langkah keselamatan.

Kenalpasti Apps Yang Beroperasi di Belakang Tabir

Apps yang menggunakan sumber tenaga yang banyak & berfungsi di belakang tabir / background ini punca utama bateri phone cepat habis & lagging. Notifikasi apps, live wallpaper selalu menyebabkan phone anda ‘bangun’ secara tiba-tiba & tidak kira masa disebabkan notification yang tiba-tiba. Kadang-kadang anda sendiri tidak tahu apa punca lagging pada phone anda. Cara untuk detect apps tersebut ialah pergi ke bahagian Settings, cari setting berkaitan Application atau Installed Apps. Dari sini, anda boleh lihat berapa banyak Usage apps yang phone anda gunakan. Selepas buka, anda boleh setting apps anda untuk Mute segala notifikasi yang anda tidak perlukan atau anda boleh Uninstall apps yang anda jarang gunakan. Cara ini dapat memanjangkan usia bateri anda, disamping dapat mengurangkan penggunaan storage phone.

Letakkan Apps Dalam Keadaan “Disable” atau “Freeze”


Jika phone anda mempunyai aplikasi yang banyak, itu boleh menjadi antara punca performance Android phone lagging. Jadi pilihan yang terbaik adalah dengan disable atau freeze aplikasi pada phone anda. Sesetengah aplikasi menyediakan pilihan ‘disable’ untuk sesetengah features, tapi jika ‘disable’ kan features ini, kemungkinan aplikasi anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Bagi aplikasi yang sudah freeze, anda boleh dikatakan dalam ‘perjalanan’ untuk di-uninstall-kan aplikasi ini dari phone anda. Mempunyai jenis aplikasi seperti ini membuatkan kita rasa phone kita berterabur dengan aplikasi yang jarang digunakan. Oleh itu, pilihan yang terbaik adalah dengan uninstall aplikasi yang tidak diperlukan lagi.

Pastikan Phone Dalam Keadaan Up-To-Date

Software yang tidak up-to-date juga boleh menyebabkan phone lagging. Software yang paling update selalu mempunyai ‘bug fixes’ dan ‘general improvement’ paling terbaru & ini dapat membuatkan phone anda dapat berfungsi dengan lancar. Software update selalu didatangi dengan (OTA) Over The Air & phone anda selalunya akan update sistem sendiri. Cara untuk mengenalpasti sama ada phone anda sudah update, pergi ke SettingsAbout PhoneSystem Update . Jika ada Update Waiting, Install update sekarang.

Bersihkan “Cache”

Setiap kali kita menggunakan aplikasi, aplikasi yang kita gunakan sentiasa tinggalkan sedikit
kilobytes atau megabytes cache di dalam phone. Cache ini mempunyai simpanan kecil informasi yang anda gunakan pada aplikasi & carian internet untuk mempercepatkan percarian informasi untuk anda pada masa akan datang. Tetapi, cache files ini boleh menjadi corrupted atau overload, seterusnya menjadi punca lagging pada phone anda. Solusinya, dengan membersihkan cache, kita dapat mengurangkan penggunaan storage dalam phone, sekaligus mengelakkan berlakunya lagging pada phone anda. Cara untuk membersihkan cache adalah pergi ke SettingsStorageCache Data & tekan OK apabila keluar notis Confirmation pada phone anda.

Terdapat pelbagai cara lagi untuk mengelakkan lagging pada phone anda di luar sana. Dan sudah semestinya, banyak faktor yang boleh bagi kesan pada pada performance phone anda. Tapi yang paling penting, setiap faktor ini mempunyai satu tujuan iaitu, untuk menyelesaikan masalah lagging pada Android phone anda. Semoga tips solution yang kami berikan pada anda dapat membantu anda mengurangkan masalah phone ini. Jika anda ada masalah PC atau handphone, jangan malu jangan segan untuk datang ke TOPIX TECHNOLOGY sebab kami juga ada servis PC & handphone anda selain menjual produk teknologi, atau anda boleh direct contact dengan kedai kami di          018-4635525.