+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

Free Full Width Slider

Smart Slider 3 is the best rated free full width slider plugin in the WordPress Plugin Directory. More than 70.000 happy users choose us!

Beautiful Visual Interface

The interface is clear and simple, every action is straightforward. Creating a new slider and adding slides are quick and easy process.

Promosi Jualan Komputer Besar Besaran !!

Dapatkan harga set desktop serendah RM399 sahaja. Promosi terhad kepada 20 orang terawal sahaja.

previous arrow
next arrow
Slider

PERTAMA KALI NAK PASANG PC ?

Komputer bukan sekadar perhiasan rumah sahaja. Komputer menyalur informasi yang sangat meluas dari seluruh dunia. Melalui komputer, anda boleh mengetahui apa saja info yang anda inginkan. Segalanya bermula di hujung jari. Penggunaan komputer pada kali pertama merupakan saat terindah dan anda pasti teruja . Sebaliknya, jika anda tidak memasang dan menggunakan dengan cara yang betul, mungkin ini adalah kali terakhir menggunakannya kerana kerosakan yang berlaku. Jadi, kami akan guide anda, cara yang betul untuk memasang dan menggunakan komputer buat pertama kali.


Pada permulaannya, anda perlu pastikan yang anda mempunyai set lengkap PC seperti monitor, CPU, papan kekunci / keyboard, tetikus / mouse, wayar VGA, power cord bagi sesiapa yang belum  lagi memasang PC pertama anda. Anda perlu pastikan juga ruangan PC yang anda letak mempunyai pengaliran udara yang baik untuk mengelakkan PC anda overheating.

Tekan Butang ON Pada PC

Ini merupakan perkara paling pertama untuk menggunakan PC anda iaitu dengan menghidupkan PC. Untuk menghidupkan PC, anda perlu mencari simbol butang ON yang terletak di sekitar bahagian depan atau atas CPU.


Selepas anda tekan butang ON, PC anda akan mengambil sedikit masa untuk dihidupkan & terus boleh digunakan. Anda akan melihat beberapa display yang berbeza pada skrin PC anda. Proses ini dipanggil booting up, dan ia

mengambil masa selama beberapa saat saja untuk dihidupkan. Selesai komputer anda booting up, PC anda mungkin boleh terus digunakan, atau PC anda memerlukan anda untuk Log In. Ini bermaksud anda diperlukan untuk menaip username anda atau pilih profil anda & masukkan password anda.

Papan Kekunci & Tetikus

Papan kekunci & tetikus anda merupakan penghubung antara anda & komputer anda. Penting bagi anda untuk mempelajari menggunakan papan kekunci & tetikus ini terlebih dahulu untuk belajar menggunakan komputer anda dengan lebih lanjut. Kebanyakan ramai yang berasa selesa dengan kedudukan papan kekunci pada meja di hadapan mereka & tetikus di sebelahnya. Tetikus berfungsi mengawal Pointer pada skrin komputer anda. Apabila anda gerakkan tetikus anda, pointer juga akan mengikut ke arah yang sama seperti tetikus anda. Tetikus mempunyai 2 butang iaitu butang kiri & kanan. Anda akan menggunakan tetikus anda untuk gerakkan pointer tetikus anda pada sesuatu di skrin anda & gunakan butang untuk klik. Papan kekunci pula membantu anda untuk menaip huruf, nombor & perkataan pada komputer anda. Apabila anda ternampak garis menegak (Cursor) pada skrin anda, anda boleh mula menaip.

Cara Menggunakan Komputer

Pada permulaannya, anda akan bermula dari skrin utama desktop. Desktop komputer boleh dikatakan sebagai menu utama atau senarai contents pada komputer anda. Dari sini, anda boleh access ke programs & features yang anda ingin gunakan. Ikon / logo pada komputer anda mewakili kepada files yang berkait, aplikasi & commands pada komputer anda. Double click pada ikon di desktop anda untuk membuka aplikasi atau files yang anda mahu.

Shut Down / Tutup

Jika anda sudah selesai menggunakan & ingin OFF komputer, pastikan anda Simpan / Save semua file yang anda buka supaya file yang anda buat tidak hilang ketika anda mahu mengedit file anda kembali.

PERINGATAN! Jangan sesekali OFF PC anda terus dari CPU kerana cara ini boleh membuatkan PC anda cepat rosak! Cara OFF paling terbaik adalah pergi ke butang Start / ikon Window di bahagian bawah kiri skrin anda & klik Shut Down. Skrin komputer anda akan menjadi gelap dalam beberapa saat & itu merupakan tanda yang PC anda dalam keadaan OFF.

Kami berharap tips yang kami berikan boleh membantu anda terutamanya bagi anda yang pertama kali menggunakan PC. Pastikan juga anda gunakan komputer dengan cermat & jangan lupa untuk melakukan servis pada computer anda sekurang-kurangnya 2x setahun. Jika anda ada masalah PC, handphone atau mahu mencari PC refurbish, jangan malu jangan segan untuk datang ke TOPIX TECHNOLOGY sebab kami ada pelbagai model PC disediakan dan juga servis untuk PC & handphone anda, atau anda boleh juga direct contact dengan kedai kami di 018-4635525.