+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

#screenreplacement

Apa perlu buat
jika skrin laptop tak menyala ?

Ada pelbagai sebab kenapa skrin laptop anda boleh blank, bergaris, bertompok pada skrin laptop anda. Mungkin anda terjatuhkan laptop anda dari beg laptop, mungkin juga anda tinggalkan laptop anda sementara dan anak anda menghempas tutup laptop secara paksa, atau anda baru perasan  laptop skrin anda bermasalah tapi tidak tahu punca sebenar skrin anda boleh rosak. Isu tentang laptop anda rosak bukan menjadi masalah besar lagi, apa yang paling penting, apa tindakan anda selepas anda dapat tahu skrin anda rosak.

Tanda-Tanda Skrin Laptop Rosak ?

Sebelum itu, anda kenalah tahu simtom-simtom yang menunjukkan skrin laptop anda bermasalah supaya anda tidak ditipu ketika membaiki laptop nanti.

Skrin berkelip- kelip

Paparan skrin kerap bekelip sebaik sahaja laptop dihidupkan.

Skrin kelihatan malap

Walaupun Brightness skrin di set pada tahap paling cerah, skrin masih malap

Muncul garisan halus

Skrin kelihatan berjalur-jalur dan bergaris panjang.

Skrin retak

Skrin ada kesan retakan dan pecah.

Skrin gelap

Tiada display keluar tetapi kipas laptop berpusing dan keluar bunyi boot Windows seperti normal.

Skrin bertompok

Terdapat tompokan atau dikenali sebagai dead pixel di sudut tertentu.

Boleh ke repair skrin yang rosak ?

Jawapannya, tidak. Bila skrin anda rosak atau retak, kerosakkan skrin sebenarnya lagi dalam dari kaca skrin anda. Oleh sebab itu, jika anda cuba gamkan balik skrin laptop anda menggunakan gam, ini tidak sangat membantu. Terdapat banyak transistor yang rosak apabila skrin anda rosak / retak. Cubaan anda untuk membaikpulih skrin rosak anda adalah pilihan tidak baik kerana membaikpulih skrin ini mengambil banyak masa & sumber dari membeli laptop yang baru.Lagi satu, anda tidak akan dapat skrin yang dijual murah dari kilang yang palsu. Sebagai contoh,skrin LCD (Liquid Crystal Display) sebenarnya dikilangkan dalam keadaan yangspesifik & cuma kilang yang mempunyai sumber yang mencukupi &infrastruktur yang betul saja dapat membuat skrin laptop yang betul-betul boleh berfungsi

Buat perkara ini dulu sebelum buat keputusan untuk tukar screen pada laptop !!

Sebelum anda bertindak untuk menukar skrin laptop, penting untuk anda periksa laptop terlebih dahulu sama ada skrin laptop anda betul-betul perlu ditukar. Sebagai contoh, jika grafik card pada motherboard anda yang bermasalah, anda mungkin membuang masa, tenaga, wang ringgit kerana membazir dengan mengantikan skrin anda yang sememangnya elok pada permulaannya. Tambahan, jika laptop anda pernah terjatuh ataupun kemungkinan kerosakan secara fizikal, anda mungkin perlu double-check kerosakan yang lain juga kerana kemungkinan laptop anda bermasalah berpunca dari kerosakan lain, bukan dari skrin itu sendiri.

Untuk memastikan sama ada grafik card anda berfungsi atau tidak, anda boleh cuba plug-in wayar desktop monitor atau TV pada laptop anda, yang kebanyakan mempunyai standard VGA berwarna biru atau HDMI output.

Jika display ada kelihatan pada desktop monitor / TV anda, ini bermakna grafik card anda dalam keadaan baik tetapi skrin laptop anda yang bermasalah. Jika tiada display yang keluar dari laptop anda, kemungkinan anda belum menekan beberapa butang pada laptop anda untuk mengaktifkan external display output. Jika anda sudah menekan butang tapi tidak juga keluar display, kemungkinan besar grafik card atau motherboard anda yang bermasalah, bukannya skrin laptop anda.

Kenalpasti jenis model laptop anda dahulu

Selepas anda sudah mengenalpasti masalah laptop anda, penting untuk anda tahu jenis model laptop anda. Setiap jenis model laptop mempunyai saiz skrin, jenis skrin yang berbeza. Ini adalah penting kerana dengan mengenalpasti jenis model anda, anda dapat mengetahui secara am, kos skrin LCD atau LED & kos tukar skrin laptop anda. Bagaimana anda mahu mengenalpasti jenis laptop anda? Mudah saja! Anda boleh periksa label berdekatan dengan papan kekunci anda, pada label tersebut terdapat nama penuh model & nombor penuh siri laptop tersebut. 

Contoh label model berdekatan dengan papan kekunci

Penyelesaian seterusnya ?

Anda boleh lah datang bawa laptop ke kedai komputer Topix Technology dan kami akan segera baiki dengan menukar skrin yang rosak dengan skrin laptop yang baru. Kedai komputer Topix Technology semestinya pilihan yang terbaik, trusted dan harga servis yang berpatutan. Hubungi kami di talian 018-4635525 / 018-2954525

Location

42-G Jalan Dinar F U3/F Subang Perdana, Seksyen U5, 40150 

Our hours

10:00 AM – 10.00 PM
Monday – Sunday

Contact us

Phone:018-4635525
Mail : topixtechnology@gmail.com