+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

KENALI SSD

PC terasa lembab? Nak proses data amik masa yang lama? Ada yang mengatakan dengan tukar processor & tambahkan RAM PC boleh lajukan balik proses data. Tapi tahukah anda, dengan tukarkan HDD kepada SSD juga boleh membantu PC anda berfungsi dengan pantas! Dan sebenarnya, SSD yang paling banyak membantu melajukan proses komputer anda berbanding processor & RAM.

Sebab apa sekarang ni ramai dah beralih ke SSD ?

SSD mempunyai performance, kemahiran read/write data & kelajuan yang jauh lebih baik dari HDD. Reka bentuk SSD yang lebih nipis dari HDD ini membantu mempercepatkan proses penyimpanan data & kurang risiko untuk data rosak berbanding HDD. Disebabkan itu, SSD merupakan pilihan paling terbaik untuk kegunaan PC yang menggunakan proses membaca / menulis yang berat, selain proses lain yang memerlukan multitasking yang pantas & selamat.

Bagi pengguna perisian editing seperti Adobe Photoshop, Premiere dan sebagainya, penggunaan SSD boleh melajukan perisian Adobe anda & lebih responsif. Manakala pengguna gamers pula, SSD membantu mereka melajukan proses loading & mengurangkan stuttering ketika bermain.

Model SSD yang paling terkini juga lebih menjimatkan penggunaan bateri terutamanya bagi pengguna laptop, sangat berguna bagi pengguna yang memerlukan laptop untuk melaksanakan tugasan dengan pantas, disamping dapat menjimatkan bateri laptop ketika berada di luar kawasan

Pada pengguna yang biasa menggunakan PC juga pasti akan perasan akan perbezaan pada PC mereka apabila menukar dari HDD ke SSD kerana penggunaan SSD tidak mengeluarkan sebarang bunyi apabila melakukan pemprosesan data & ini dapat mengurangkan risiko hardware panas yang boleh membawa kepada overheat & kerosakan hardware

Laptop / PC Jenis Apa Boleh Pakai SSD?

Semua jenis PC & laptop boleh saja menggunakan SSD. Tetapi dengan syarat, pastikan model PC atau laptop anda mempunyai sambungan 2.5 HDD Serial AT Attachment / SATA.

Mana Nak Dapat SSD Ni?

Anda boleh saja cari SSD ini di seluruh kedai-kedai komputer. Pastikan sebelum membeli sebuah SSD :

Saiz storan

Reka bentuk @ Form factor

Jenama

Warranty

ATAUPUN :

ANDA BOLEH SAJA CARI DI TOPIX TECHNOLOGY!!

Kami siap ada pakej special untuk anda! Pakej yang kami ada adalah :Ada 3 pilihan pakej mampu milik.Jika anda sekadar mahukan prestasi laju semata, pakej ekononi sudah memadai.Manakalah, jika anda mementingkan prestasi dan memerlukan storan yang lebih besar, pakej B atau C sangat sesuai untuk anda.


Pakej Mana Yang Berbaloi?

Bagi pengguna yang baru nak mencuba & mahu berbajet rendah, anda boleh memilih pakej ekonomi kami kerana pakej ini sudah mencukupi bagi pengguna yang mahu menggunakan proses laptop dengan pantas. Jika storage anda tidak mencukupi, anda boleh menggunakan external HDD untuk menyimpan fail-fail besar seperti file gambar, file lagu, file movie, dan file-file yang jarang digunakan. Atau jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh saja memilih pakej kami yang lain, yang mempunyai saiz storage yang lebih besar.

Berapa Lama Ambil Masa Pasang SSD?

Kami mengambil masa kira-kira 3-4 jam saja untuk menukar HDD anda kepada SSD. Jika technician kami busy, kami akan mengambil masa 24 jam saja.

Jika anda berminat untuk menukar storage anda, anda boleh saja datang ke TOPIX TECHNOLOGY! Di sini, bukan saja kami ada pakej SSD, kami ada juga pakej PC & laptop yang sesuai mengikut kehendak anda! Kami juga ada servis repair untuk PC, laptop & handphone anda. Jika anda mahu penerangan secara detail lagi, anda boleh hubungi kami di 018-4635525.