+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

Pernah tak terjadi, bila anda cuba ON komputer anda tapi display tak keluar dekat komputer anda. Bila anda cuba buat beberapa kali untuk ON pun tetap tak boleh juga. Anda juga cuba Restart atau Shutdown, tapi sama jugak, tidak keluar display dekat skrin PC anda. Itu bermaksud PC anda mengalami kerosakan motherboard. Macam mana boleh rosak motherboard? Jadi biar kami bagitau anda apa punca motherboard anda boleh rosak

Punca Motherboard Rosak?

Motherboard merupakan sebuah Printed Circuit Board (PCB) yang bertindak sebagai tulang belakang pada sebuah komputer kerana menyokong semua hubungan antara satu komponen ke komponen yang lain seperti CPU, slot RAM, port USB, input & output. Jadi, komponen-komponen ini boleh menpengaruhi dengan prestasi PC anda. Jika motherboard ini bermasalah, segala fungsi komponen pada motherboard akan terjejas sama. Berikut antara punca motherboard anda bermasalah :

  • penggunaan Power Supply yang berlainan voltage menyebabkan PC ‘short’
  • tertumpah air pada CPU
  • kipas PC berhabuk
  • thermal paste kering

Macam Mana Nak Setelkan?

Ada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah motherboard ini. Di Topix Technology, kami akan :

  • membuat servis pemeriksaan PC terlebih dahulu. Kami akan check PC anda untuk memastikan sama ada motherboard yang menyebabkan punca PC anda rosak atau disebabkan masalah lain.
  • Kami jugak akan membersihkan segala habuk di dalam PC anda agar pengudaraan di dalam PC anda lebih baik untuk mengelakkan motherboard anda overheat berulang lagi.
  • Memeriksa thermal paste juga salah satu solution untuk masalah motherboard anda. Kami akan menambah thermal paste, menggantikan thermal paste lama anda dan cuba untuk hidupkan PC anda untuk seketika.
  • Selepas kami mengenal pasti motherboard anda merupakan punca PC anda tidak berfungsi, kami akan cuba hidupkan PC anda dan tunggu untuk bunyi ‘beep’. Jika tiada display yang keluar dari skrin & tiada bunyi ‘beep’, ini adalah tanda motherboard anda rosak.
  • Seterusnya, kami akan cuba buka RAM dan ‘graphic card’ (jika ada) & cuba hidupkan PC. Kali ini, kami akan cuba untuk tahu jika PC anda bebunyi ‘beep’ lama & berulang-ulang. Jika PC anda tidak berbunyi, ini bermakna RAM dan ‘graphic card’ anda dalam keadaan baik dan bukan juga antara penyebab kerosakkan PC anda.
  • Selepas itu, kami akan cuba reset RAM ke slot yang lain. Kebanyakan slot lain tidak mengeluarkan bunyi jika tiada RAM dimasukkan dalam slot tersebut. Kami akan cuba reset RAM ke slot RAM yang lain jika ada. Ataupun, kami akan mencuba dengan RAM yang lain untuk memastikan tiada masalah dengan komponen berkaitan dengan memori.
  • Kami juga akan cuba menggunakan ‘power supply’ yang berbeza. Pada pandangan anda, anda mungkin melihat komputer anda berfungsi dengan baik bila disambungkan dengan power supply anda, TETAPI adakah power supply anda sesuai digunakan mengikut voltage komputer anda? Jadi kami akan memeriksa voltage power supply anda untuk memastikan power supply anda memberi voltage yang betul pada PC anda.
  • Reset CMOS juga salah satu cara untuk menyelesaikan masalah PC anda. Kami akan keluarkan bateri CMOS (yang rupanya seperti bateri jam tangan tapi bezanya saiz yang besar) dari motherboard.

    Selepas 5 minit, kami akan memasang balik bateri CMOS dan cuba hidupkan PC kembali dan tunggu untuk bunyi ‘beep’ yang pendek. Jika masih tidak mengeluarkan bunyi, kami akan menggunakan ‘jumper’ untuk ‘hard-reset’ CMOS anda. Kebanyakan servis repair yang kami lakukan secara menyeluruh, mengambil masa kira-kira paling minimum 3 hari, bergantung pada tahap kerosakan motherboard anda.

Jadi, sangat penting untuk anda melakukan servis komputer sekurang-kurangnya setahun 2 kali untuk mengelakkan motherboard anda terlebih panas atau overheat, seterusnya menganggu tugasan anda. Jika anda memerlukan pertolongan dalam servis motherboard anda, anda boleh saja direct call kami di 018-4635525, ATAU anda boleh saja bawa PC anda ke Topix Technology untuk servis repair yang lebih teliti pada motherboard anda. Kami juga akan memberi tips secara percuma berkenaan penjagaan PC yang betul agar kerosakan yang sama tidak terjadi lagi pada anda.