+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com








Bila PC Patut Diformat & Cara Untuk Format Windows 7

Bila kita memuat turun (download) sesuatu file / software dari website ATAU copy sesuatu file di dalam sistem komputer, tahukah anda dalam masa yang sama kita telah ‘terdownload‘ sesuatu yang tanpa kita tahu iaitu virus. Virus ini yang menyebabkan PC menjadi perlahan dan hang pada masa yang sama. Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini, format menjadi salah satu cara untuk membuang virus, sekaligus melajukan balik PC anda.

PERINGATAN!!

Sebelum anda memulakan format, pastikan anda back up/copy segala file yang anda ingin simpan dan gunakan sebab sistem format ini akan memadam semua jenis file dan sistem yang ada dalam PC anda! Anda boleh saja simpan di dalam cloud-based storage seperti iCloud, Google Drive, Dropbox dan seumpamanya, ataupun anda boleh gunakan external drive sekurang-kurangnya 1TB untuk menyimpan dan kebetulan kami ada menjual external drive 1 TB dengan harga berbaloi iaitu RM250 saja!

Bila PC Patut Diformat?

  • PC tak boleh start

Kerosakan ini merupakan perkara biasa pada PC anda. Display tidak mengeluarkan apa-apa imej dan tidak berbunyi.

  • Hard disk penuh

Bila kita kerap menyimpan memuat turun file daripada internet seperti movie, software dan sebagainya tanpa kita sedar, ruangan hard disk menjadi penuh dan padat. Hard disk yang terlampau penuh ini akan membuatkan PC anda menjadi lambat. Penyelesaiannya, anda boleh lakukan format untuk mengoptimumkan dan mengembalikan ruangan hard disk PC anda seperti asal.

  • Terlampau banyak pop up ‘error’

Virus boleh menjadi salah satu faktor mengapa PC anda perlu diformat. Virus boleh mengganggu segala jenis perisian yang anda install pada PC anda dengan mengeluarkan pop up ‘ERROR’ yang banyak, seterusnya mengganggu anda untuk melaksanakan tugasan yang melibatkan penggunaan PC. Ada sesetengah virus agak susah untuk dibersihkan, jadi untuk mengelakkan virus ini menyerang perisian anda dengan lebih teruk, format adalah salah satu cara untuk membersihkan PC anda secara menyeluruh.

Terdapat banyak lagi faktor PC anda perlu diformat seperti PC slow, lagging atau untuk upgrade sistem PC anda. Jadi, nak taknak, anda perlu format PC tidak kira jenis sistem apa yang anda ingin gunakan. 

Macam Mana Nak Format?

Tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Ok, sebelum anda memulakan sistem format ini, PASTIKAN, PASTIKAN DAN PASTIKAN! anda back up semua file yang anda perlukan jika anda tidak mahu file anda hilang atau terpadam semasa format. Sebelum anda bermula, pastikan juga anda tahu jenis pilihan operasi sistem yang anda gunakan. Format sistem PC bagi setiap PC adalah lebih kurang sama, cuma format dan install Windows sedikit berbeza untuk Macintosh atau Ubuntu. Tetapi jangan risau, kami boleh beritahu anda cara format mengikut cara technician kami lakukan.

  • Pada permulaannya, pastikan anda ada ‘Installation Disc’ untuk Windows 7. Anda boleh saja beli atau download image dari Microsoft pada DVD atau USB Drive dengan menggunakan Microsoft Media Creative Tool.
  • Buka tool dan pilih “Create Installation Media for Another PC
  • Pilih bahasa dan versi sistem yang anda mahukan.
  • Pilih jenis media (Flash Drive, CD/DVD, dan seumpamanya) Bagi kami, Flash Drive adalah media paling mudah.
  • Tekan Hit dan tunggu proses sehingga selesai sendiri. Jangan sesekali keluarkan DVD atau flash drive pada komputer anda ketika proses belum selesai.
  • Restart komputer anda, dan tekan butang ‘Function key’ (F2, F10, F11, atau F12) untuk keluar BIOS.
  • Pilih BOOT Option dari menu yang di paparkan.
  • Ubah BOOT Order sama ada BOOT dari CD/DVD atau BOOT dari ‘Removable Storage’, bergantung pada jenis media yang anda gunakan.
  • Save dan Exit, tunggu untuk PC anda Restart. Pastikan Flash Drive atau CD/DVD masih berada pada PC anda.
  • Skrin pada PC anda akan keluar mesej seperti ‘Press Any Key to boot from CD
  • Tekan mana-mana kekunci.
  • Windows 7 akan unpack segala files dan setup wizard. Anda hanya perlu tunggu saja.
  • Pilih Region, Language, Time and Date, Currency, Keyboard dan seumpamanya.
  • Tekan untuk Install.
  • Nota : Jangan klik ‘Repair Windows” jika anda cuba untuk ‘fix errors’. Sistem format ini secara automatiknya merepair segala error anda disamping memformat segala file di dalam PC anda.
  • Klik Accept EULA (Term & Conditions) dan pilih Custom Install
  • Anda akan diberi pilihan untuk memilih partition/bahagian hard drive untuk Windows 7 anda di install. Delete partitions/bahagian lama anda dengan memilih Advanced Drive Options.
  • Select semua partition dan delete. Setiap kali anda delete, size ‘Unallocated Space’ anda akan bertambah.
  • Pergi ‘Unallocated Space’ dan tekan butang Next. Windows akan create partition tanpa menganggu anda.
  • Selepas itu, installation sistem akan bermula. PC anda akan mengambil masa untuk restart. Sistem ini akan menyimpan segala file registry system, install driver baru dan selaraskan sistem komputer anda.
  • Anda akan diminta untuk masukkan nombor product key anda. Anda boleh tekan butang ‘Activate When I Am Online’ jika anda ada sambungan internet, melainkan jika anda ada lesen original.
  • Siap! Windows 7 anda sekarang sudah boleh digunakan. Anda boleh install semua aplikasi yang anda mahu gunakan pada bila-bila masa.

Format PC bukan sesuatu yang susah, tapi format ini juga memerlukan perhatian yang lebih. Jika anda tidak berhati-hati ketika format, anda mungkin akan ter’deletefile penting anda. Penting untuk anda back up semua file anda sebelum memulakan format PC anda. Ikut langkah- langkah yang kami beri atau lihat tutorial video boleh membantu anda format PC anda dengan mudah dan selamat. 

Jika anda masih ragu-ragu, technician kami boleh membantu anda! Datang ke Topix Technology kerana kami ada mengadakan kelas PC format untuk anda yang mahu mempelajari sendiri cara format! Atau anda boleh saja hubungi kami di 018-4635525 untuk lebih lanjut.