+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com

Kami selalu menerima customers yang selalu bermasalah dengan skrin handphone. Kebanyakan pengguna phone yang kami terima mempunyai kerosakan yang berpunca dengan skrin mereka. Salah satu masalah phone mereka ialah kadang kala phone mereka ‘berfungsi dengan sendirinya’ seolah-olah ada yang ‘bermain’ dengan phone mereka, sedangkan mereka tidak menggunakan phone mereka pada ketika itu. Kerosakan itu merupakan salah satu kerosakan phone yang kami panggil sebagai ‘Ghost Touch’.

Apa Itu 'GHOST TOUCH'?

Ghost Touch merupakan istilah yang digunakan pada skrin phone anda yang bergerak dan berfungsi sendiri, membuka aplikasi phone anda sendiri, padahal anda tidak menekan mana-mana aplikasi dalam phone anda dan ada juga yang tidak responsif dengan sentuhan anda langsung. Jika anda bermasalah dengan Ghost Touch ini, masalah ini bukan berpunca dari software anda, tapi ia lebih kepada kerosakan hardware phone anda seperti terjatuh dari tempat tinggi, komponen di dalam terbakar dan seumpamanya.

Macam Mana Nak Setelkan Masalah Ini?

  • Ganti Screen Protector

Habuk atau air pada screen protector anda boleh terjadinya Ghost Touch. Ini boleh dilakukan dengan membersihkan dan mengantikan skrin proctector anda dengan skrin protector yang baru.

  • Periksa Charger Handphone Anda

Ketika anda sedang mengecas phone anda, tiba-tiba skrin anda beroperasi sendiri, besar kemungkinan charger phone yang anda gunakan bermasalah. Anda patut berhenti menggunakan charger anda terlebih dahulu, periksa keadaan charger phone supaya phone anda tidak mengalami kerosakan disebabkan charger anda.

Dan jika anda mahu membeli charger phone baru, seelok-eloknya beli charger yang original sebab charger original mampu bertahan lebih lama berbanding charger yang tidak ori.

  • Kerosakan Bateri atau Kehabisan Bateri

Biasanya, Ghost Touch terjadi ketika bateri pada phone anda akan habis. Cara untuk mengatasinya ialah berhenti gunakan phone anda dan caj phone pada ketika itu juga. Jika Ghost Touch masih terjadi, periksa keadaan bateri anda. Jika bateri anda dalam keaadaan mengelembung, anda patut segera menukar bateri anda untuk mengelakkan kerosakan phone anda merebak ke komponen-komponen lain.

  • Skrin Dalam Keadaan Panas

Jika anda merasa skrin phone anda dalam keadaan panas, perkara ini juga boleh menjadi salah satu punca terjadinya Ghost Touch. Hentikan penggunaan phone anda untuk sementara waktu untuk mengembalikan suhu phone anda terutamanya skrin phone anda dalam keadaan normal. Penggunaan phone yang panas juga disebabkan CPU yang bekerja secara berterusan juga menjadi penyebab terjadinya Ghost Touch. Dengan mengurangkan penggunaan ‘multitasking’ iaitu membuka aplikasi pada masa yang sama secara berlebihan, dapat mengurangkan terjadinya Ghost Touch berulang, disamping dapat mengurangkan kepanasan phone anda naik mendadak.

  • Reset Calibration Phone

Cara lain untuk mengatasi Ghost Touch ini jika skrin anda masih ‘bergerak dengan sendirinya’ ialah anda boleh lakukan ‘calibration’ pada skrin sentuh phone anda.

Untuk lakukannya, anda perlu buka ‘Display Settings’, kemudian Reset pada menu Calibration yang sedia ada. Sebagai peringatan, jangan aktifkan feature Auto Rotation.

Jika Calibration Setting tiada pada phone anda di bahagian Display Settings, anda boleh menginstall aplikasi SwiftKey Keyboard. Di dalam aplikasi itu ada terdapat setting yang bernama Touch Input. Pada aplikasi itu, anda dapat reset calibration skrin phone anda.

  • Reset Factory

Pilihan terakhir untuk mengatasi Ghost Touch ini ialah pilih ‘Factory Reset’ jika langkah-langkah di atas tidak menunjukkan hasil. TETAPI anda perlu tahu, sebelum anda menekan butang Factory Reset ini, phone anda akan kembali seperti phone baru.

Factory Reset ini akan reset atau delete semua file dan aplikasi yang ada di dalam phone anda. Jadi sangat penting jika anda menyimpan atau back up semua file penting anda pada phone lain atau ke dalam PC anda sebelum anda memulakan proses reset ini.

  • Tukar Kepada Phone Baru (Waranti)

Kali ini memang merupakan pilihan terakhir untuk merepair masalah Ghost Touch ini jika phone anda di dalam tempoh waranti.

Tuntutan waranti phone ialah servis yang diberikan oleh pihak vendor pada barangan mereka, jika terjadinya kerosakan yang bukan atas kesalahan pengguna, boleh diberi baik pulih secara percuma pada phone anda atau mengantikan dengan phone yang baru.

Melakukan claim waranti atas kerosakan yang berlaku pada phone anda merupakan tindakan yang perlu anda lakukan ketika tempoh waranti anda masih laku. Ini disebabkan tanggungjawab para vendor dengan produk barangan mereka dalam memberi kemudahan dan kepuasan hati pelanggan mereka ketika produk mereka mengalami kecacatan dan kerosakan pada phone mereka.

Phone anda sebahagian dalam kehidupan anda, jika phone bermasalah, anda juga terganggu untuk melaksanakan tugasan harian. Dengan sedikit bantuan dari Topix Technology, kami boleh mengembalikan keadaan phone anda dalam keadaan sedia kala! Datanglah ke Topix Techology kerana bukan saja kami mumpunyai servis repair phone dan PC terbaik, malah kami juga menjual pelbagai jenis model PC yang menarik, sesuai untuk kegunaan seharian anda, dan anda boleh saja direct call kami di 018-4635525 untuk maklumat lanjut.