+60184635525 (Topix Technology) topixtechnology@gmail.com












APA NAK BUAT BILA AIR TUMPAH ATAS LAPTOP ?

Situasi ini kerap berlaku kepada mereka yang banyak habiskan masa di depan laptop, disebabkan kecuaian mereka  yang tak dapat nak dielakkan. Air tetumpah ini senang terjadi apabila makan dan minum berhampiran komputer mengakibatkan air tertumpah ketika melakukan kerja seharian.

Air yang tertumpah keatas keyboard komputer mungkin akan merosakkan keyboard tersebut sahaja. Tetapi boleh juga mengakibatkan kerosakan menyeluruh seperti motherboard dan lain-lain. Berikut merupakan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya air tertumpah di atas keyboard laptop.

Ini merupakan bahagian keyboard yang telah dimasuki air. Kelihatan kesan air yang telah kering.
Air yang meresap masuk ke keyboard mengakibatkan chip controller dan slot keyboard rosak.
    • 1.  Tutup laptop dengan segera (boleh force shut down dengan menekan butang power on selama 3-5saat). Kemudian cabut battery dan adapter pengecas sekiranya dipasang bagi mengelakkan litar pintas berlaku pada laptop.
    •  
  • 2. Segera terbalikkan laptop seperti gambar di bawah untuk membuang air yang bertakung di keyboard supaya air tidak mengalir ke bahagian motherboard.
  •  
  • 3. Selepas itu, buka semua bahagian yang terkena air. Kemudian gunakan hair dryer untuk keringkan parts yang basah atau jemur parts di atas surat khabar sehingga betul-betul kering
  •  
  • 4. Setelah kering semuanya, pasang semula parts tersebut dan TRY on semula
  •  

Jika laptop anda hidup dan berfungsi seperti biasa, Tahniah ! Laptop anda berjaya diselamatkan daripada kerosakan. Akan tetapi, sekiranya laptop anda tidak hidup & berfungsi. Dapatkan bantuan technican kami dengan kadar segera di Topix Technology Subang Perdana Shah Alam atau hubungi kami di talian 018-4635525