TOPIX TECHNOLOGY

Alamak! Handphone Termasuk Air, Macam Mana Ni?

Macam ni ke reaksi anda bila handphone anda termasuk air? Atau terus beli baru?

Sabar dulu..

Masalah handphone masuk air ni boleh dikatakan masalah yang paling ‘common’ sekali dikalangan pengguna telefon bimbit. Namun, masih ramai lagi yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi sebegini, betul tak? Sebenarnya mudah je cara nak atasi masalah handphone termasuk air ni, buat sendiri pun boleh.

Anda boleh cuba 3 langkah dibawah

1. Matikan Handphone

Yang pertama, jangan panik. Keluarkan atau alihkan handphone daripada kawasan yang basah dan matikannya secepat mungkin untuk menggelakkan shortage pada plugin board dan motherboard. Kalau handphone terkena air ketika sedang cas, segera tutup plug dan cabut pengecas daripada handphone kerana berisiko untuk terkena renjatan elektrik sekiranya pengecas juga terkena air.

2. Asingkan Semua Komponen

Seterusnya, cabut semua kabel termasuk semua peranti dan komponen yang ada pada handphone seperti bateri, motherboard, ‘sim card’, dan sebagainya untuk tujuan pengeringan. Cuci dan keringkan setiap komponen elektronik yang sudah diasingkan tadi dengan cara lap atau kipaskan dengan surat khabar dengan cermat. Pastikan semuanya kering dengan sempurna terutama di bahagian-bahagian kecil pada handphone.

3. Pasang dan ON

Akhir sekali ialah kaedah pemasangan semula komponen yang dipisahkan tadi pada handphone dengan kemas dan dalam keadaan yang baik lalu nyalakan (ON) handphone anda seperti biasa. Jika handphone anda berjaya dinyalakan dan boleh di cas, itu bermakna kaedah ini telah berhasil dan anda tidak perlu menghantar handphone ke kedai untuk dibaiki.

Tapi, sekiranya handphone anda masih gagal untuk dihidupkan, barulah anda digalakkan untuk meminta bantuan daripada pakar servis handphone kerana kemungkinan telah berlakunya kerosakan pada motherboard atau komponen dalam handphone tersebut.

Kaedah ini boleh digunakan untuk laptop juga, cuma laptop lebih rumit sedikit dari segi ketelitian dan sebagainya.

Inginkan keterangan lanjut? Tonton video dibawah sampai habis 🙂

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?