TOPIX TECHNOLOGY

Komputer Tak Boleh ON? Cuba Check 4 Komponen Ini

“Haritu komputer saya tak boleh on langsung. Lepas baiki motherboard, masih tak keluar apa-apa. Kenapa ya?”

“Dah berapa kali tukar cable dah tapi komputer tetap tak boleh ON”

Ramai pelanggan yang datang ke Topix Technology mengadu komputer mereka masih tak boleh ON walaupun sudah dibaiki. Lebih kurang macam diatas lah ayat mereka semasa jumpa saya. Lepas saya minta technician periksa komputer mereka lagi sekali, kami dapati ada yang kata baiki motherboard, sedangkan yang rosaknya itu kabel kuasa. Ada yang baiki PSU (power supply), tapi yang rosaknya adalah plug dirumah.

Sebab itu pentingnya untuk anda mengenalpasti punca kerosakan komputer anda terlebih dahulu sebelum dihantar baiki. Kalau tak, boleh jadi anda ditipu atau rugi. Dalam kes ni, antara punca komputer tak boleh ON ialah ‘power cable’ gagal mengalirkan arus elektrik dengan baik, soket tidak berfungsi atau PSU (power supply) rosak.

Macam mana nak check? Saya kongsikan dibawah okay

1. Power Cable Rosak
google

Ini masalah yang paling mudah untuk dikesan. Sama seperti handphone, adakah anda terus ‘cop’ handphone anda yang rosak jika ia gagal dicas? Pasti anda cuba menggunakan pengecas yang lain, betul tak? Jika anda memasang kabel kuasa komputer anda pada komputer yang lain dan komputer tersebut juga tidak hidup, maka kabel kuasa lah yang rosak. Tak perlu lagi nak membelek-belek komputer untuk mencari punca masalah.

Penyelesaiannya :
Menukar ‘power cable’ yang baru
supaya komputer dapat dihidupkan semula. Anda boleh dapatkannya di mana-mana kedai elektronik.

2. Soket Tidak Berfungsi
google

Pastikan suis pada plug telah dipasang dan dihidupkan. Jika komputer masih tak dapat ON, cuba guna kabel yang lain. Cubaan terakhir ialah pasang pada soket yang lain. Kalau komputer boleh ON, maknanya memang soket yang pertama itu lah yang bermasalah.

Penyelesaiannya :
Panggil technician untuk baiki soket yang bermasalah sahaja. Buat sementara waktu, anda boleh memasang komputer anda pada mana-mana soket yang berfungsi di dalam rumah.

3. PSU (Power Supply) Bermasalah
google

Selalunya masalah ‘power supply’ ni effect dia dekat power button dulu. Kalau tekan power button banyak kali tetapi komputer tetap tak dapat ON, itu tandanya PSU anda bermasalah. Jangan ambil ringan dengan masalah PSU tau. Kerosakan PSU bukan sahaja boleh merosakkan komponen-komponen pada komputer, malah sistem di dalam komputer pun akan terganggu. Contohnya anda tengah buat kerja tiba-tiba komputer ter‘OFF’ sendiri. Habis semua data-data penting hilang tak sempat nak save.

Penyelesaiannya :
Cara pembaikian ‘power supply’ ni agak rumit, jadi sebaiknya anda meminta bantuan dari technician. Alang-alang tu minta mereka untuk servis komputer anda sekali.

Anda juga boleh guna Uninterruptible Power Supply (UPS) untuk protect PSU anda. Ia berfungsi sebagai penyimpan atau pembekal tenaga elektrik. Jadi kalau berlaku sebarang kecemasan seperti komputer ter‘OFF’ secara tiba-tiba, anda masih mempunyai masa dan tenaga elektrik yang mencukupi untuk save data-data penting dalam komputer.

4. Pemasangan RAM Di Motherboard
google

Untuk komputer yang memang sudah bertahun-tahun dipakai, masalah komputer menyala tetapi tidak muncul gambar di monitor itu biasa. Standard lah komputer lama kan. Tapi kalau monitor baru pun ada masalah yang sama, besar kemungkinan RAM pada motherboard yang bermasalah. Masalah dia dua je, sama ada salah pasang atau slot RAM berhabuk. Kalau cara pemasangan RAM salah, monitor anda akan keluar blank hitam je. Kadang-kadang cara pemasangan dah betul tapi slot RAM pula banyak habuk.

Penyelesaian :
Pastikan RAM dipasang pada posisi yang betul. Hantar desktop dan pc anda untuk diservis sekurang-kurangnya dua kali setahun. Anggaran harga dari RM40 hingga RM80 sahaja. Bagitahu je dekat abang technician tu.

“Bang, saya nak buat servis dust cleaning.” Barulah bersih!

servis ‘dust cleaning

Jadi sebelum anda hantar komputer untuk dibaiki, pastikan anda check semua perkara seperti diatas dahulu. Kalau tak reti, minta technician terangkan kepada anda. Ingat, upah baiki ni bukan murah tau. Rugi je bayar banyak kali tapi tak ada perubahan pun. Lebih baik beli yang baru je kalau macam tu, kan?

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

4 thoughts on “Komputer Tak Boleh ON? Cuba Check 4 Komponen Ini”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?