TOPIX TECHNOLOGY

Ini Punca Sebenar Keyboard Laptop Anda Rosak

Pernah tak anda menghadapi masalah keyboard berbunyi, butang-butang atas keyboard longgar dan tercabut atau pun butang sukar untuk ditekan? Lepas sebulan dibaiki, jadi semula. Apa sebenarnya punca masalah keyboard ni berlaku?

Sebenarnya kerosakan keyboard berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya adalah:

1. Letak Makanan Berhampiran Laptop

Setiap kali nak bekerja di hadapan laptop, ada sahaja benda nak dikunyah untuk menghilangkan rasa mengantuk, kan?

Tabiat ini sama sekali tidak salah, cuma kalau boleh elakkan letak air dan makanan di atas meja yang ada laptop. Ini bagi mengelakkan risiko daripada air tertumpah atau sisa makanan berterabur atas keyboard. Kejadian ini bukan sahaja merosakkan keyboard tapi seluruh laptop boleh terganggu. Lagi lagi kalau air sudah memasuki celah-celah butang keyboard dan motherboard.

Perkara ini juga boleh megundang semut dan pelbagai jenis serangga untuk berkerumun pada laptop. Lebih bahaya jika serangga tersebut mula membina sarang dan tempat tinggal di dalam laptop anda dan mula mengganggu litar pada keyboard dan motherboard.

2. Habuk Dan Debu

Habuk yang halus tu pun boleh jadi punca masalah keyboard?

Sedangkan rambut yang nipis pun boleh jadi tebal jika disimpan, apatah lagi habuk yang boleh bergumpal apabila tidak dicuci. Debu-debu halus yang berterbangan di udara mudah melekat pada laptop dan keyboard anda. Sebab itu pentingnya servis ‘dust cleaning’ yang bertujuan untuk mencuci habuk pada luar dan dalam laptop anda. Kalau nampak keyboard sudah mula berhabuk, anda boleh mencuci celah-celah keyboard menggunakan ‘cotton bud’ atau kain basah sahaja.

Bila habuk dah berkumpul sehingga menjadi satu gumpalan yang tebal pada celah-celah butang keyboard, antara kerosakan yang bakal terjadi ialah kesukaran untuk menekan butang keyboard dan butang mudah tercabut daripada keyboard. Solusinya, anda boleh menggunakan ‘keyboard protector’ untuk melindungi permukaan keyboard anda dari terkena habuk.

3. Tekan Butang Terlalu Kuat

Situasi ini sering berlaku apabila kita berada dalam keadaan yang tergesa-gesa membuat kerja ‘last-minute’ ataupun bermain video game online. Dalam situasi seperti ini, kita akan lebih tercenderung untuk menekan butang keyboard dengan lebih kuat dan kasar. Ini boleh menyebabkan kerosakan keyboard seperti butang menjadi longgar lalu tercabut, keyboard mengeluarkan bunyi pelik dan butang tidak dapat berfungsi dengan betul.

Kalau anda ingin menggunakan laptop untuk bermain game online, sebaiknya anda membeli keyboard yang direka khas untuk tujuan ‘gaming’ ataupun keyboard biasa yang lain untuk anda lenjan. Ini kerana keyboard tersebut memang direka untuk bekerja lebih keras dan lebih tahan lasak berbanding dengan keyboard biasa. Kalau rosak pun, boleh terus beli yang baru.

4. Beri Pada Anak Kecil

Kita semua tahu bahawa kanak-kanak menganggap semua benda di sekelilingnya sebagai mainan dan makanan buat mereka. Kalau bukan digunakan untuk bermain, mereka akan masukkan ke dalam mulut.

“Salah ke kalau bagi anak kecil main laptop?”

Tidak, yang salahnya apabila mereka mula mengetuk, campak, dan cabut butang keyboard pada laptop sehingga boleh menyebabkan kerosakan. Jadi sebaiknya elakkan daripada memberi anak kecil menggunakan atau duduk berhampiran dengan keyboard anda.

Tonton video dibawah untuk mendengar penerangan daripada technician kami tentang kerosakan keyboard.

Antara semua perkara diatas, yang manakah menjadi amalan anda sebagai pengguna?

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?