TOPIX TECHNOLOGY

Ini 3 Penyebab Utama Laptop Anda Kerap Panas

Salah satu masalah yang sering dialami oleh pengguna laptop adalah laptop kerap ‘overheat’ sehingga menimbulkan masalah-masalah lain seperti laptop terpadam sendiri, mengeluarkan bunyi yang pelik dan meletup.

Di sini saya nak terangkan beberapa punca laptop anda kerap panas.

1) Guna Laptop Atas Permukaan Mendap

Penggunaan laptop diatas permukaan yang tidak rata seperti di atas bantal, tilam, sofa, mahupun riba akan menyukarkan udara panas untuk keluar dari laptop. Ini kerana permukaan yang lembut seperti ini akan memendapkan laptop lalu menutup ruang pengaliran udara. Ruang pengaliran udara yang sempit akan menyebabkan haba terkumpul di bawah laptop dan yang membuatkan laptop semakin panas. Laptop yang terlalu panas akan menimbulkan masalah pada prosessor, bateri dan motherboard laptop.

Penyelesaian: Amalkan penggunaan cooling pad sewaktu menggunakan laptop untuk membantu laptop kekal sejuk. Ini kerana cooling pad mempunyai kipas yang boleh membantu mengurangkan kepanasan laptop dengan meniup haba keluar dari laptop.

2) Guna Laptop Terlalu Lama

Perkara ni ramai orang buat, lagi-lagi yang kaki ‘gaming’. Bermain video game online memang memerlukan masa yang sangat lama, sehingga ada yang memakan masa berjam-jam. Jika anda seorang yang gemar bermain video game online, saya sarankan anda untuk membeli laptop atau PC yang direka khas untuk ‘gaming’. Ini kerana hardware laptop atau PC ‘gaming’ dicipta untuk bekerja lebih keras dan mempunyai specs yang lebih tinggi berbanding dengan laptop biasa.

Apabila hardware bekerja keras terlalu lama dan tiada masa untuk berehat, komponen-komponen di dalam laptop akan menjadi semakin panas kerana haba yang terkumpul tidak dapat dikeluarkan dengan baik. Sekiranya kepanasan laptop sudah melebihi had ketahanannya , ia akan mula menganggu sistem di dalam laptop yang menyebabkan laptop sering terpadam sendiri atau mengeluarkan bunyi yang pelik seperti ‘beep’.

Penyelesaian: Membeli laptop yang mempunyai specs yang bersesuaian dengan tujuan penggunaan laptop anda. Jika hendak menggunakan laptop untuk tujuan ‘gaming’, beli laptop yang direka khas untuk bermain game.

3) Tak Hantar Servis

Habuk dan debu merupakan musuh utama laptop dan komponen elektrik yang lain. Sebab itu pentingnya menghantar laptop untuk membuat servis ‘dust cleaning’ sekurang-kurangnya dua kali setahun. Ini kerana habuk yang halus mengambil masa yang agak lama untuk membentuk satu gumpalan habuk yang tebal dan akhirnya menutup saluran pengaliran udara yang menyebabkan haba pada laptop meningkat.

Seperti kipas siling, kipas laptop juga akan mengeluarkan angin yang perlahan sekiranya ia terlalu berhabuk. Kipas laptop yang gagal berfungsi dengn baik akan mengakibatkan laptop panas.

Penyelesaian: Menghantar laptop untuk diservis sekurang-kurangnya dua kali setahun, dan meletakkan laptop di ruangan yang terbuka untuk mengurangkan habuk.

Jom tonton video dibawah untuk penerangan yang lebih jelas daripada team technician Topix Technology

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?